Suami Sri Wani serah pada mahkamah

. Kamis, 26 Desember 2013

AHAD, 8 APRIL 2012



SHAH ALAM - Suami kepada wanita yang sekelip mata mencuri tumpuan rakyat Malaysia kerana dipertikaikan status jantinanya memohon masyarakat menghentikan tuduhan negatif.

Berkongsi situasi bersama wartawan, Bahrom Sanugi, 61, menerusi peguamnya, Muhammad Hafiz Ab Rashid berkata, anak guamnya tertekan dengan kritikan masyarakat.

“Beliau minta diberi ruang tidak diganggu mengenai isu ini. Selepas cerita ini tersebar, pelbagai spekulasi dan komen diterima.

“Beliau tidak dapat terima pandangan masyarakat terhadap dirinya sekarang.

“Kalau lihat di blog, semua melemparkan tuduhan tidak adil kepadanya. Biarlah perkara ini selesai di mahkamah dahulu,” katanya.

Muhammad Hafiz berkata, ramai pihak mempertikaikan mengenai alasan mengapa selepas lebih setahun berkahwin anak guamnya baru sedar dan memfailkan faraq (pembatalan perkahwinan).

Menjawab isu itu, Muhammad menjelaskan Bahrom mempunyai alasan kukuh yang diserahkan kepada mahkamah sebagai bukti.

Ditanya mengenai hubungan Bahrom dan Sri Wani pada masa ini, Muhammad Hafiz berkata, mereka baik dan Sri Wani memberikan kerjasama sepanjang prosiding.

“Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur memerintahkan mereka tinggal berasingan sehingga hakim memberikan keputu­san,” katanya.

0 komentar: