Tampilkan postingan dengan label dia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dia. Tampilkan semua postingan
Mahathir tidak mengaku yang dia punca Melayu pecah
Label: dia, mahathir, melayu, mengaku, pecah, punca, tidak, yangsinarharian
RAHAYU MUSTAFA
18 Oktober 2012
18 Oktober 2012
Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA TERENGGANU – Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan tindakannya memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada September 1998 menjadi punca kepada perpecahan di kalangan orang Melayu.
Sebaliknya bekas Perdana Menteri itu berkata, perpecahan orang Melayu di negara ini sudah pun berlaku sebelum Anwar dipecat dari Kabinet dan Umno iaitu apabila tokoh negarawan, Allahyarham Datuk Onn Jaafar mencadangkan supaya orang bukan Melayu boleh menyertai Umno.
Bagaimanapun menurut Dr Mahathir, cadangan Onn telah ditolak dan ia mendorong Allahyarham menubuhkan parti lain ketika itu.
Begitu juga dengan penubuhan Malayan Union oleh British dan kesannya telah mencetuskan pelbagai konflik dalaman Umno termasuk wujud golongan ulama daripada Umno yang kemudiannya mengambil keputusan menubuhkan parti Pas.
Selain itu, jelas Dr. Mahathir, tindakan Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 (S46), yang telah dibubarkan pertengahan 1990-an, turut membuktikan telah berlaku perpecahan kalangan orang Melayu ketika itu.
“Jadi, nak kata kerana saya pecat Anwar (penyebab mula berlaku perpecahan orang Melayu) tak benar lah,” katanya ketika menjawab soalan seorang peserta pada sesi dialog selepas menyampaikan ucaptama pada majlis Bicara Negarawan, Pemantapan Profesionalisme, Tranformasi Budaya Kerja dan Pentadbiran Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu di Taman Tamadun Islamdi sini, hari ini.
Menurut Dr Mahathir, Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana Ketua Umum PKR itu mempunyai “karektor yang tidak boleh sebagai pemimpin.”
“Apakah kita nak pilih orang macam ini sebagai pemimpin, orang macam ini tidak dibenarkan ganti saya (ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri). Dia harus disingkirkan.
“Dalam mesyuarat MT (Majlis Tertinggi) dengan sebulat suara bersetuju Anwar dikeluarkan dari Umno, bukan keputusan saya seorang.
“Kita tak boleh terima manusia yang moral terlalu rendah untuk menjadi pemimpin kita, kita malu dengan pemimpin macam ini,” katanya.
Bagaimanapun kata Dr Mahathir, rakyat tidak nampak masalah moral Anwar kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu cekap berpidato dan menggunakan kelebihannya itu memesongkan pemikiran rakyat.
“Sebaliknya dia menyalahkan orang lain pula,” katanya.
Lelaki ini mengaku dia Terminator
Label: dia, ini, lelaki, mengaku, terminator
Mungkin saja lelaki berusia 19 tahun bernama Sean Stanley Smith, ini sangat terobsesi dengan cerita-cerita fiksyen. Sean Smith ditangkap dalam keadaan telanjang di sebuah Casino bernama US Stateline gambling club yang berada di daerah perbatasan California dengan Nevada seperti dikutip dari SlashFilm.com .
Sean mengaku berasal dari masa depan dan tak sedar mengapa dirinya ada di tempat tersebut dalam keadaan telanjang. Namun cerita itu belum tentu benar nampaknya.
Awal cerita, seorang pegawai polis yang sedang bertugas dihentikan oleh seorang penunggang motor yang melihat seorang lelaki dalam keadaan telanjang berlari di jalan raya. Polis tersebut kemudian mencarinya sebelum memerintahkan Sean Smith untuk berhenti. Sean Smith mengabaikan peringatan tersebut dan malah masuk ke dalam Casino.Bahkan lelaki tersebut berlari ke arah arena permainan yang sedang dipenuhi kanak-kanak .
Sean Smith sempat mengaku kepada petugas yang dirinya adalah tokoh Terminator yang ada dalam sebuah kisah sci-fi, sebelum akhirnya dia mengakui yang dia menggunakan LSD dan marijuana.
Sean Smith kemudian dipindahkan ke hospital setempat sebelum dibawa ke penjara Douglas County.